Sunday 21 September 2014

NASI AYAM HAINAN

Assalamualaikum semuaaa.....

Lama dah yaya tak post pasal menu and resepi nasi ayam kat sini kan.. soo hari ni yaya ada resepi special utk korang.. hope suka.. NASI AYAM HAINAN... haaa dengar je pun dah terliur kann.. sedap tau nasi ayam hainan ni, Btw yaya dapat resipi ni dari blog Mami Airis. memang sedap! yaya dah cubaa.. nyummmmm.  Thanks mami Airis.. makan sampai jilat ibu jari... hehe so lets go to the menu!

Bahan- bahan :
( Untuk hidangan kami 3 orang )

- 6 ketul ayam ( ikut suka la nak bahagian mana-mana ye)
- 1 inci halia
- sedikit daun bawang
- 1 batang serai 
- 2 cube ayam sebagai perasa
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- sedikit minyak dan mentega untuk menumis 
- 1 sudu halia yang ditumbuk 
- 3 ulas bawang putih
- 2 cawan beras
- 4 cawan stok ayam
- timun, salad & tomato sebagai hiasan

Sos Cili

- 3 biji cili besar
- 1/2 inci halia
- 6 ulas bawang puti
- 3 sudu besar jus lemon
- 4 sudu stok ayam
- gula & garam secukup rasa

Kemudian sediakan 1 mangkuk air dan 20 kiub ais untuk rendam ayam lepas siap dikukus..

Cara -cara : 

- Mula-mula buat stok ayam dulu

Stok ayam tu buat cmne?

Ala rebus je tulang2 ayam dengan rempah 4 beradik, sedikit halia
Dah guna untuk masak nasi dan buat sos semua baru masukkan garam untuk dijadikan sup plak.
Dah jadi sup ayam...
Makan Nasi Ayam kena ada sup baru besttt.....


- Kemudian panaskan minyak dan mentega..tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau


- Masukkan beras dan goreng agak kekuningan


 - Masukkan stok ayam


- Kalau ada bay leaves masukkan tapi mi ganti dengan serai je...ngeee
- Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
- Masukkan 1 cube ayam sebagai perasa


- Kemudian kita masak ayam plak
- Kukuskan ayam bersama-sama halia, bawang besar, daun bawang dan 1 cube ayam yang dihancurkan
- Stim lebih kurang 20-30 minit sehingga ayam masak
- Nak tau ayam masak ke tak tekan dengan garfu...kalau keluar minyak dah masak la tu..
- Bila ayam dah masak cepat2 masukkan dalam bekas berisi ais dan air tadi
 
- Tujuannya menurut orang Cina adalah untuk mengekalkan kelembutan dan keranggupan ayam
-  Rendam lebih kurang 15 hingga 20 minit
- Kemudian toskan
- Air kukusan tadi jangan dibuang plak
   ( Air kukusan ayam yea..bukan air rendaman ayam yang berais tu )
- Dah siap curahkan je air kukusan tadi atas ayam...baru ummphh gitu..

Ayam Hainan
- Dah siap masak ayam jangan lupa sos plak
- Kisar je semua bahan-bahan sos dh siap
- Tapi mi tumis sedikit dengan minyak untuk hilangkan bau cili
- Untuk sos kicap plak selalunya orang Cina suka guna Soya Sos dan bawang putih
- Hanya guna sedikit stok ayam dan kicap manis
- Ala senang je...amek satu senduk stok ayam dan dan masukkan kicap manis secukup rasa...

FINALLYY DONE.. SELAMAT MENCUBA SAYANG-SAYANG SEMUA  :)




Thursday 26 June 2014

Good morning korang! so how are u olsss... okay dah lama tak post so this is my second post ritee.. hari ni alya nak share pasal nasi tomato pulak kat korang.  mesti ramai yang suka makan nasi tomato kan. dengan ayam masak merah dia yg sedap pedas manis tuu..  nyammmmmyyyy... so alya ada satu resepi rahsia utk korang. korang mesti cuba tau! rugi kalau tak cuba. confirm husband ( for those yg dah married tuu la kannn) korang puji masakan korang tuu n nak tambah berpinggan- pinggan.. okayy so lets move on.. boleh masak utk family sempena nak masuk bulan Ramdhan ni kann...


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan basah:
 Nasi Tomato: 
Beras Basmathi ( beras biasa pun takpe ok)
Halia
Bawang
Tomato Puri
Daun Pandan
Planta
Minyak
Air
Kismis
Kayu Manis
Garam

Ayam Masak Merah:
 Ayam ( 1 ekor potong 10/12)
 Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Cili Kering
Gula
Sos Cili Kimball
Halia
Kayu Manis
Carrot
Daun Sup
Tomato
Timun

Cara-cara Memasak Nasi Tomato
1. Masukkan minyak masak satu senduk ke dalam periuk. Biarkan minyak sehingga panas.
2. Masukkan halia dan bawang besar yang telah di-blend kan. masukkan juga sebatang kayu manis. Biarkan hingga naik bau.
3. Masukkan air mengikut sukatan beras. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan tomato puri dan gaul. Biarkan air sehingga mendidih.
5. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih. Masukkan daun pandan 2 helai.
6. Apabila nasi telah separuh masak, masukkan kismis ke dalamnya. Kemudian biarkan hingga nasi tomato masak dengan secukupnya. Ia perlu digaul secara berkala agar tomato puri sebati dgn beras.

Cara-cara memasak Ayam Masak Merah
1. Goreng ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih. goreng seperti biasa. ( letak kunyit dan garam). Setelah   ayam siap digoreng ( jangan terlalu garing), tos kan.
2. Blend cili kering, bawang besar dan serai satu persatu. Setelah itu masukkan ke dalam kuali.
3. Masak campuran cili,serai dan bawang sampai ia betul-betul masak. Api dapur jangan terlalu kuat. Gaul secara berkala.
4. Apabila cili sudah masak, masukkan sos kimball dan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih. Jika pekat, bole masukkan secawan air.
5. Tapiskan cili yang sudah masak utk mengasingkan biji cili.
6. Akhir sekali, gaulkan ayam yg di toskan tadi ke dalam kuah cili yang sudah ditapis.
7. Taburkan hirisan daun sup dan cili hidup/carrot  di atas ayam masak merah utk kelihatan lebih menarik.
8. Hiris timun dan tomato sebagai hiasan.












Thursday 19 June 2014

Korang Lapar? Moh Rasa Nasi Ayam Kite..


                               ASSALAMUALAIKUM :)


Hai korang! actually ni adalah first account of my blog. Firstly, let me introduce myself okayy. Nama I Alya. I stay dekat Manjung, Perak. Haa utk information korang, bandar Manjung ni dah semakin membangun tau. Dekat area sini lah korang akan dengar nama tempat Marina Island. Maybe korang tak pernah datang sini. So apa kata korang datang sini. Sambil tengok pemandangan yang indah, korang boleh rasa Nasi Ayam and Nasi Tomato Manjung Special niii.. Actually I nak perkembangkan resepi masakan arwah mom I. Dulu arwah mom I ni memang pengusaha kedai makan. Ni contoh  nasi ayam yang arwah mom I pernah buat duluu.. Nyummnyummm nampak sedap kannnnnnn...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitYslCk6qVWiaDCC6oKH7uA0PmahwBn5RZfcIxpTRK0I8D4OhsNK1Y2QH8tc8BFQelV3Y7WrhfIhOImOr_AJpbx9HOfRWFg6z-Kd2oKBukQh2hcAylsM0z6N6VN02Yf5AxyJ3lvud8sLqG/s1600/P5310046.JPG