Thursday 26 June 2014

Good morning korang! so how are u olsss... okay dah lama tak post so this is my second post ritee.. hari ni alya nak share pasal nasi tomato pulak kat korang.  mesti ramai yang suka makan nasi tomato kan. dengan ayam masak merah dia yg sedap pedas manis tuu..  nyammmmmyyyy... so alya ada satu resepi rahsia utk korang. korang mesti cuba tau! rugi kalau tak cuba. confirm husband ( for those yg dah married tuu la kannn) korang puji masakan korang tuu n nak tambah berpinggan- pinggan.. okayy so lets move on.. boleh masak utk family sempena nak masuk bulan Ramdhan ni kann...


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan basah:
 Nasi Tomato: 
Beras Basmathi ( beras biasa pun takpe ok)
Halia
Bawang
Tomato Puri
Daun Pandan
Planta
Minyak
Air
Kismis
Kayu Manis
Garam

Ayam Masak Merah:
 Ayam ( 1 ekor potong 10/12)
 Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Cili Kering
Gula
Sos Cili Kimball
Halia
Kayu Manis
Carrot
Daun Sup
Tomato
Timun

Cara-cara Memasak Nasi Tomato
1. Masukkan minyak masak satu senduk ke dalam periuk. Biarkan minyak sehingga panas.
2. Masukkan halia dan bawang besar yang telah di-blend kan. masukkan juga sebatang kayu manis. Biarkan hingga naik bau.
3. Masukkan air mengikut sukatan beras. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan tomato puri dan gaul. Biarkan air sehingga mendidih.
5. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih. Masukkan daun pandan 2 helai.
6. Apabila nasi telah separuh masak, masukkan kismis ke dalamnya. Kemudian biarkan hingga nasi tomato masak dengan secukupnya. Ia perlu digaul secara berkala agar tomato puri sebati dgn beras.

Cara-cara memasak Ayam Masak Merah
1. Goreng ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih. goreng seperti biasa. ( letak kunyit dan garam). Setelah   ayam siap digoreng ( jangan terlalu garing), tos kan.
2. Blend cili kering, bawang besar dan serai satu persatu. Setelah itu masukkan ke dalam kuali.
3. Masak campuran cili,serai dan bawang sampai ia betul-betul masak. Api dapur jangan terlalu kuat. Gaul secara berkala.
4. Apabila cili sudah masak, masukkan sos kimball dan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih. Jika pekat, bole masukkan secawan air.
5. Tapiskan cili yang sudah masak utk mengasingkan biji cili.
6. Akhir sekali, gaulkan ayam yg di toskan tadi ke dalam kuah cili yang sudah ditapis.
7. Taburkan hirisan daun sup dan cili hidup/carrot  di atas ayam masak merah utk kelihatan lebih menarik.
8. Hiris timun dan tomato sebagai hiasan.












No comments:

Post a Comment